Good Contents Are Everywhere, But Here, We Deliver The Best of The Best.Please Hold on!
Data is Loading...
New York +1555225314
RUMAH BINA NEGARA

Pada tahun 2016-2017, FELCRA telah memberikan komitmen untuk melaksanakan pembinaan 1,183 unit RBN melibatkan sembilan (9) lokasi kawasan berpenempatan peserta FELCRA Berhad di seluruh negara

Objektif Utama perlaksanaan pembangunan RBN

  • Menawarkan rumah mampu milik yang kondusif dan dilengkapi infrastruktur moden pada harga harga yang berpatutan.
  • Menggalakkan golongan belia meneruskan legasi struktur kepemimpinan komuniti di desa.
  • Mengurangkan beban kewangan golongan belia dalam pembiayaan pinjaman untuk memiliki unit-unit RBN kerana tidak perlu membiayai kos pembinaan infrastruktur yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan atas kadar RM50,000.00/unit.
  • Pembangunan RBN tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 dan pembinaan rumah mematuhi sepenuhnya syarat, peraturan dan prosedur yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Menerusi pembangunan RBN akan dapat menjadi katalis kepada pengwujudan ‘Pusat Pertumbuhan Baru’ yang berpotensi untuk merealisasi elemen selaras dengan motto Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW); ‘Membandarkan Luar Bandar’.
Lokasi & Unit RUMAH BINA NEGARA


RBN Tembangau, Bera Pahang                         216
RBN Tembeling Tengah, Jerantut Pahang      230
RBN Sri Makmur, Pekan Pahang                       140
RBN Sukau, Kinabatangan Sabah                     123
RBN Lekir, Manjung Perak                                  102
RBN Bukit Sedanan, Jasin Melaka                    106
RBN Keruak, Besut Terengganu                           72
RBN Lakai Jelebu, Negeri Sembilan                    94
RBN Bukit Tampoi, Padang Terap Kedah         100

  • Text Hover
  • Text Hover
Penyaluran Gran Infrastruktur


Pembangunan dan pemajuan RBN ini memperolehi geran untuk pembinaan infrastruktur

rumah daripada Kerajaan Persekutuan atas kadar RM50,000.00/unit rumah.

Manakala pembinaan rumah akan dibiayai menerusi pinjaman daripada institusi kewangan.

Spesifikasi Pembangunan dan Pemajuan Rumah

Pembinaan unit-unit RBN melibatkan 3 kategori

  • Sesebuah Dengan keluasan Lot 3000 3,000 kaki per segi (40′ X 75′)
  • Berkembar 2,400 kaki per segi(32′ X 75′)
  • Teres 1,400 kaki per segi (20′ X 70′)
Membandarkan Luar Bandar

 

Pembangunan dan pemajuan Rumah Bina Negara model FELCRA

yang merupakan rumah mampu milik untuk belia di luar bandar adalah

seiring dengan agenda Kerajaan untuk ‘Membandarkan Luar Bandar’

di samping menggalakkan generasi muda untuk terus bermastautin

dan membina masa hadapan di luar bandar.

  • Text Hover