1. Apakah faedah yang diperolehi jika tanah itu dimajukan oleh FELCRA Berhad?

    Di antara faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pemilik tanah jika bersetuju tanah mereka dimajukan:- Pemilik tanah akan menerima keuntungan bersih apabila ladang mengeluarkan hasil. Hasil ladang akan dipasarkan oleh FELCRA Berhad. Jumlah keuntungan yang akan diterima adalah berdasarkan luas tanah milik masing-masing, kualiti ladang dan harga pasaran komoditi semasa. Jika bekerja diladang, pemilik tanah akan dibayar upah bekerja dan jika keluarganya turut bekerja, maka keluarganya juga akan dibayar upah. Bayaran upah ini merupakan kos operasi ladang dan tidak akan ditolak dari keuntungan bersih projek yang juga akan diterima oleh pemilik tanah. Sekiranya pemilik tanah tidak dapat bekerja di ladang kerana tinggal di tempat lain atau uzur, dia cuma akan dibayar keuntungan bersih dari projek/dividen. Apabila tanahnya yang terbiar diusahakan, maka nilai tanah itu akan meningkat. Dengan itu ia dapat memiliki sebuah ladang estet yang terurus maju.

  2. Apakah tugas FELCRA BERHAD dalam membangunkan masyarakat luar bandar?

    1. Memajukan tanah ( termasuk tanah GSA ) sama ada melalui langkahnya sendiri dan dengan persetujuan Pihak Berkuasa negeri atau atas permintaan Pihak Berkuasa Negeri itu.
    2. Mana-mana tanah lain selain dari yang dinyatakan di perenggaan (1), atas permintaan tuan punya tanah dan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui diantara tuan punya tanah dengan FELCRA Berhad.

  3. Apakah yang dimaksudkan dengan tanah terbiar?

    Tanah terbiar ialah kawasan tanah yang mempunyai Hak Milik tetapi tidak diusahakan atau sebahagian kecil sahaja daripada kawasan tanah itu yang diusahakan tetapi selepas beberapa waktu menjadi terbiar menyebabkan hasilnya tidak diperolehi dan jika diperolehi sekalipun, hasilnya tidak seimbang dengan keluasan tanah yang ada.Bagi kawasan sawah, maksudnya ialah sawah yang tidak diusahakan lansung atau yang diusahakan hanya sekali setahun dan tidak boleh ditanam dengan padi.

  4. Apakah tujuan memajukan tanah terbiar?

    Tujuannya ialah supaya tanah itu mendatangkan hasil dan apabila hasilnya diperolehi, ia akan memberi faedah kepada pemiliknya. Di samping itu ia dapat menambahkan lagi hasil pendapatan dan pengeluaran negara. Sebaliknya jika tanah itu dibiarkan tanpa usaha, ia tenu tidak mendatangkan apa-apa hasil, bahkan untuk membayar cukai tanah pun pemiliknya terpaksa mencari punca kewangan lain.

  5. Apakah sepatutnya ia lakukan jika mahukan tanah terbiar anda dimajukan?

    Pemilik tanah dikehendaki memberi persetujuan dengan menandatangani surat perjanjian yang disediakan oleh FELCRA Berhad. Ia adalah penting supaya dengan cara ini FELCRA Berhad akan memperolehi kuasa bagi memasuki dan seterusnya memajukan tanah itu dan dengan persetujuan itu juga FELCRA Berhad bolehlah mengeluarkan modal bagi memajukan tanah itu. Setelah pemilik tanah menandatangani surat perjanjian, FELCRA Berhad akan menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah sehingga selesai menanam benih di ladang. Selepas itu diteruskan dengan pejagaan kawasan tanaman. Perbelanjaan ini yang dikira sebagai perbelanjaan pembangunan yang didahulukan oleh FELCRA Berhad. Pemilik tanah atau keluarganya adalah digalakkan bekerja dan bagi kerja-kerja yang di buat akan dibayar upah.

  6. Apakah syarat dan kelayakan bagi mengikuti program memajukan tanah terbiar ini?

    1. Pemilik tanah hendaklah memberi persetujuan dengan menandatangani surat perjanjian.
    2. Persetujuan bahawa modal didahulukan oleh FELCRA Berhad dengan bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan.
    3. Bersetuju membayar balik pinjaman pembangunan melalui potongan hasil projek.
    4. Bersetuju memberi kuasa kepada FELCRA Berhad untuk memasarkan hasil.
    5. Seseorang itu hendaklah mempunyai tanah sendiri. Sekiranya tanah berkenaan mempunyai beberapa nama, maka persetujuan mereka hendaklah diperolehi.
    6. Tiada sekatan umur dikenakan untuk menyertai program ini asalkan ia seorang warganegara Malaysia dan mempunyai hakmilik yang sahih.

 

kklw      jpa mampu mygov ksn iim      eperolehan      msc      mysms      myid      bpa