Proses dan Pemasaran
FELCRA Berhad memasarkan Buah Tandan Segar ( BTS ) dari ladang ke kilang sawit FELCRA Berhad yang berdekatan. Pengangkutan BTS dari ladang ke kilang diuruskan secara kontrak/tender atau dirunding terus dengan koperasi peseta ladang terbabit.
Bagi ladang yang terletak jauh dari kilang FELCRA, kontrak penjualan dan pengangkutan BTS dibuat secara tender. Bagi hasil getah, penjualan dan pengangkutan lateks atau sekerap dibuat secara tender kerana FELCRA Berhad belum mempunyai kilang getah.
FELCRA Berhad mempunyai lapan (8) buah Kilang Sawit termasuk satu (1) yang dipunyai oleh anak syarikat. Semua kilang sawit FELCRA Berhad diurus oleh anak syarikat iaitu FELCRA Processing & Engineering Sdn Bhd.
BIL | KILANG SAWIT | KAPASITI ( MT/JAM) |
1. | BUKIT KEPONG ( JOHOR ) | 40 |
2. | NASARUDDIN ( PERAK ) | 30 |
3. | MARAN ( PAHANG ) | 30 |
4. | SEBERANG PERAK ( PERAK ) | 40 |
5. | BIDOR ( PERAK ) | 30 |
6. | JAYAPUTRA ( PAHANG ) | 45 |
7. | SUNGAI MELIKAI ( JOHOR ) | 45 |
8. | SAMARAHAN ( SARAWAK ) | 30 |