Piagam Pelanggan Felcra
“Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan bagi mencapai pulangan yang maksimum terhadap pelaburan yang dibuat demi kesejahteraan kumpulan sasar sejajar dengan wawasan FELCRA.”
“Kami berusaha supaya masyarakat FELCRA dibentuk menjadi dinamis, berdikari, berdayasaing, bersyukur dan berwawasan serta membangunkan tenaga manusia kami dengan adil dan saksama tanpa prasangka.”
“Menyediakan kemudahan asas kepada semua pusat pembangunan dengan cekap, tepat dan saksama dalam lingkungan pelaksanaan program pembangunan yang dirancangkan.”
“Semua transaksi kewangan akan diselesaikan dengan betul, tepat dan cepat dengan mengeluarkan bayaran dalam tempoh 3 hari setelah pengesahan diterima oleh Unit Bayaran dan bersedia menyelesaikan sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh pihak pelanggan.”
“Sentiasa patuh dan taat kepada kehendak-kehendak organisasi, Kementerian dan Negara di dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti kearah mencapai Wawasan 2020.”