FELCRA Berhad adalah Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), dan dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar, FELCRA Berhad membina peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi demi menjana pendapatan, melalui pengwujudan sektor luar bandar yang dinamik, menarik dan menguntungkan.

Pengurusan Perladangan Penyatuan dan Pemulihan (P&P)
Teras Perniagaan
Pengurusan Perladangan Penyatuan dan Pemulihan (P&P)
  • Mengusahakan Penyatuan dan Pemulihan tanah-tanah milik Para Peserta
  • Membangunkan dan menguruskan tanah-tanah dengan tanaman bersesuaian dan berdaya maju
Pengurusan Estet Komersil
Teras Perniagaan
Pengurusan Estet Komersil
  • Memiliki dan mengusahakan Estet Kelapa Sawit seluas 33,145 hektar
Pengilangan dan Kejuruteraan
Teras Perniagaan
Pengilangan dan Kejuruteraan
  • 9 Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit –> 1.33 juta tan metrik Minyak Sawit
Pemaju Hartanah, Pengurusan Tanah dan Pembinaan
Teras Perniagaan
Pemaju Hartanah, Pengurusan Tanah dan Pembinaan
  • Membangunkan pelbagai jenis Hartanah dengan Nilai Pembangunan Kasar mencapai RM 1.545 bilion, termasuk Projek SEMARAK20, Rumah Generasi Kedua dan Rumah Bina Negara.
Perniagaan Pelbagai
Teras Perniagaan
Perniagaan Pelbagai
  • Menceburi perniagaan berteras Agri-Teknologi, Pendidikan serta Perdagangan dan Perkhidmatan

224,130

hektar tanah dibangunkan

1,049

Projek FELCRA
berjalan dengan efisien

111,462

Peserta Projek Penyatuan dan
Pemulihan (P&P)

33,145

hektar tanah estet komersil milik
FELCRA Berhad

Peserta

Peserta adalah Nadi FELCRA Berhad.

Kita Jaga Peserta 
Kita Jaga Ladang Peserta 
Kita Jaga Infrastruktur dan Kemudahan untuk Peserta 
Kita Jaga Kita

Pembangunan
Usahawan

Komuniti Usahawan FELCRA Berhad meningkatkan ekonomi keluarga Peserta dengan penerapan ilmu-ilmu perniagaan agar Peserta lebih berkeyakinan, kreatif dan inovatif dalam mencapai kejayaan sebagai usahawan.

Matlamat Jaminan
Makanan Negara

Subsektor makanan pertanian menjadi tumpuan utama dalam sektor pertanian untuk mencapai agenda meningkatkan jaminan makanan Malaysia dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi barisan hadapan pertanian.

Paparan MedSos

Mesyuarat Hala Tuju Pembangunan Estet Padi di Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang di Kuching.

KKDW bersama FELCRA Berhad komited di dalam merealisasikan dalam keterjaminan makanan negara.

FELCRA Berhad merangkul Anugerah Tarikan Pengunjung Paling Prihatin KUD@Putrajaya 2023. Penyampaian anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.

@DrZahidHamidi
@officialrubiah

Pengerusi FELCRA Berhad, Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub telah merasmikan Rumah Kraf Kampung Darul Islam, Belimbing bagi Program Kelestarian Dan Kemampanan Infrastruktur Pelancongan Desa Sarawak.

Caretaker Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Idris bin Lasim menyampaikan taklimat berkaitan projek penanaman padi di Sabah & Sarawak kepada Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1444H

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah S.W.T untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah S.W.T.

Sebanyak 156 buah Koperasi Peserta Rancangan (KPR) FELCRA Berhad telah menyertai Konvensyen Koperasi Peserta FELCRA Berhad 2023 yang bermula pada 7 sehingga 9 Jun 2023 bertempat di Hotel New York.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Tuanku.