Kumpulan Audit Dalam

  1. Definisi Audit Dalam
    • Audit Dalam merupakan kumpulan yang bertanggungjawab membantu organisasi mencapai matlamat melalui peranannya sebagai fungsi bebas untuk khidmat kepastian (assurance) dan perundingan (consultation) bagi nilai tambah dan meningkatkan tahap operasi syarikat dengan pendekatan sistematik dan berdisiplin bagi menentukan keberkesanan proses kawalan dan urustadbir.
  2. Objektif & Tanggungjawab Kumpulan Audit Dalam
    • Menjalankan fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat runding secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi.

    • Membantu syarikat mencapai matlamatnya melalui pendekatan sistematik dan berdisiplin untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

    • Bertanggungjawab menjalankan audit pengurusan kewangan dan audit prestasi. Audit pengurusan kewangan merangkumi permeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan samada perbelanjaan, hasil, aset dan stok telah diurus mengikut peraturan, arahan dan undang-undang berkaitan. Audit prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti syarikat untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemah, cekap dan berkesan.
  3. Visi & Misi Kumpulan Audit Dalam
    • Visi- Menjadi peneraju amalan tadbir urus yang efektif.
    • Misi- Membantu organisasi mencapai matlamat melalui peranannya sebagai fungsi bebas untuk khidmat kepastian (reasonable assurance) & perundingan bagi nilai tambah & meningkatkan tahap operasi syarikat dengan pendekatan yang sistematik dan berdisiplin bagi menentukan keberkesanan proses kawalan dan tadbir urus.
  4. Peranan & Bidangkuasa Audit Dalam
    • Audit Dalam mempunyai bidang kuasa yang menyeluruh untuk memeriksa dan mendapatkan maklumat Syarikat dan / atau subsidiari, harta-harta persendirian dan fizikal bergantung kepada kebertanggungjawaban yang ketat untuk penjagaan yang selamat dan sulit dalam menggunakan hak-hak tersebut.
    • Ketua Audit (CAE) dengan izin dari Ketua Eksekutif boleh memeriksa aktiviti-aktiviti Syarikat dan / atau Subsidiari dalam aspek-aspek tertentu tanpa memerlukan notis awal di mana keadaan memerlukan beliau untuk bertindak demikian.
  5. Jawatan Kuasa Audit FELCRA Berhad 2016