Kesan Pembangunan
1. Menjana Pendapatan Melalui Pembangunan Ladang
Para peserta memperlehi pendapatan melalui peluang pekerjaan yang diwujudkan di ladang mereka disamping dividen tahunan dari keuntungan ladang. Pendapatan dari ladang memberi pulangan yang setimpal berdasarkan keluasan tanah peserta. Sejak tahun 1991 - 2006 FELCRA Berhad telah membayar dividen sebanyak RM 2,236,729,786 kepada 89,257 orang peserta.
2. Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)
Bagi pembangunan IKS, empat (4) aktiviti utama dijalankan iaitu Pembangunan Produk dan Pemasaran, Pogram Pembangunan dan Penyelidikan, Tabung Pojek Ekonomi dan Ekspo Peringkat Negeri. Dibawah RM 9, FELCRA Berhad telah diberi peruntukan bagi membantu usahawan FELCRA didalam program berikut :
- Latihan Usahawan
Teras Pembangunan RM 9 adalah memberi tumpuan khusus kepada pembangunan sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasakan pengetahuan serta mempertingkatkan produktiviti dan daya saing. - Pemasaran/Promosi
Mempromosi produk luar bandar terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian dengan menyediakan rangkaian pemasaran unuk pasaran dalaman dan ntarabangsa. - Premis / Kilang IKS
Menyediakan infrastruktur/premis memproses dan membungkus produk makanan yang lebih teratur, terancang dan selesa. Sasaran 120 orang pengusaha produk makanan dan pertanian akan mendapat faedah dari segi pemerosesan, pembungkusan, perlabelan dan penjenamaan.
3. Pelancongan Desa
Pelancongan Desa adalah bertujuan untuk memberi pendapatan tambahan kepada penduduk melalui sewaan rumah, pengangkutan awam, jualan produk desa dan khidmat pemandu pelancung. Ianya juga akan mewujudkan dan menggerakan aktiviti hiliran seperti perusahaan makanan dan kraftangan serta menjadikan perkampungan bersih dan indah. Di samping membantu kepada perubahan sikap kearah pemikiran terbuka serta meningkatkan tahap pendidikan ainya juga mewujudkan peluang pekerjaan seperti pemandu pelancung dan menjadikan perkampungan sebagai sebuah Pusat Pembelajaran dan latihan.
Di bawah RM 9, FELCRA Berhad telah mendapat peruntukan bagi program Homestay di projek-projek FELCRA seperti berikut :-
1. Kuala Medang - Pahang.
2. Sungai Ara - Johor.
3. Kg. Belimbing - Sarawak.
4. RPS Kemar - Perak.
5. Teratak Batu - Kelantan.
6. Bukit Sedanan - Melaka.