FELCRA Berhad is a Corporate Organisation wholly-owned by the Minister of Finance (Incorporated), and under the supervision of the Ministry of Rural Development.

Responsible for developing rural areas, FELCRA Berhad opens up opportunities for rural communities to participate in economic activities to generate income, by creating a dynamic, attractive and profitable rural sector.

Consolidation and Rehabilitation Plantation Management (P&P)
Business Pillars
Consolidation and Rehabilitation Plantation Management (P&P)
  • Undertake Consolidation and Rehabilitation activities of the lands belonging to the Participants
  • Develop and manage such lands with suitable and viable crops
Commercial Plantation Management
Business Pillars
Commercial Plantation Management
  • Owns and operates 33,145 hectares of Oil Palm Estate
Mills and Engineering
Business Pillars
Mills and Engineering
  • Owns 9 Oil Palm Processing Mills with a Processing Capacity of 1.33 million metric tonnes of Palm Oil
Property Development, Land Management and Construction
Business Pillars
Property Development, Land Management and Construction
  • Develops various types of Properties with a Gross Development Value of RM 1.545 billion, including the SEMARAK20 Project, Rumah Generasi Kedua (Homes for the Second Generation) and Rumah Bina Negara (RBN)
Other Businesses
Business Pillars
Other Businesses
  • Involved in Agri-Technology, Education, as well as, Trading and Services

224,130

hectares of land developed

1,049

FELCRA projects running efficiently

111,462

Consolidation and Rehabilitation Project Participants

33,145

hectares of commercial estate owned by FELCRA Berhad

Participants

Participants are the Pulse of FELCRA Berhad’s daily endeavours.

We Care for the Participants
We Care for the Participants’ Plantations
We Care for the Infrastructure and Facilities for Participants
We Care for All Of Us

Entrepreneur
Development

FELCRA Berhad Entrepreneurial Community focuses on enhancing Participant’s family economic wellbeing through inculcating business knowledge designed to boost their confidence, creativity and innovativeness, towards achieving success as entrepreneurs.

National Food
Security Aim

The food plantation sub-sector is the main focus of the agriculture sector in efforts to achieve the agenda of improving Malaysia’s food security whilst generating higher income for agriculture frontliners.

Social Wall

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan di Selangor, FELCRA Berhad telah membangunkan ladang seluas 2,450 hektar di Selangor dengan dua jenis tanaman iaitu kelapa sawit dan getah.

Sebanyak 22 projek di Selangor yang dikawal selia oleh FELCRA Berhad ini telah... memberi manfaat kepada hampir 2,600 orang peserta di dua kawasan iaitu Batu 8 Sejangkang dan Lembah Bernam.

Dan sehingga Disember 2023 FELCRA Berhad telah berjaya menyalurkan bayaran agihan keuntungan tahunan melebihi RM4.6 juta kepada 1,951 peserta.

Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta

Mac 28, 2024 23:46 MYT

KOTA BHARU: FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.

Pengerusinya Datuk Ahmad ...Jazlan Yaakub berkata dengan bayaran yang sudah dilunaskan beberapa lalu itu diharap dapat membantu meringankan beban peserta untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

"Jumlah dividen ini bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah dunia. Pada bulan ini harga minyak sawit mentah nampak agak stabil melebihi RM4,000 bagi satu tan.

"Kita harap trend kenaikan ini berterusan bagi membolehkan dividen yang lebih banyak dapat diagihkan kepada peserta," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian UMNO Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata bagi bayaran pertama dividen 2024 pula akan mula dibayar pada Mei depan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyeru kerajaan negeri mengambil langkah segera dan tuntas dalam menyelesaikan masalah bekalan air menjelang Aidilfitri yang bakal disambut dua minggu lagi.

"Kepulangan perantau akan menyebabkan penggunaan air semakin meningkat, kita tidak mahu masalah air akan menjejaskan sambutan Aidilfitri," katanya.

--BERNAMA

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-70000-peserta-felcra-sudah-terima-dividen-bernilai-rm74-juta-464343

Peserta FELCRA sudah terima dividen

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 28, 2024 @ 8:53pm
nfazlina@nstp.com.my

KOTA BHARU: Lebih 70,000 peserta FELCRA Berhad di seluruh negara menerima bayaran dividen membabitkan nilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.

Pengerusi ...FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata bayaran berkenaan sudah dilunaskan beberapa hari lalu.

Katanya, sebanyak tiga kali pembayaran dividen akan diberikan setiap tahun dan jumlah dividen terbabit bergantung kepada harga minyak sawit mentah dunia.

"Jika harga meningkat, dividen juga bertambah dan pemberian dividen yang dibuat beberapa hari lalu membabitkan musim ketiga tahun lalu.

"Pembayaran dibuat secara dalam talian itu sekaligus membolehkan peserta membuat persiapan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian UMNO Kelantan, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan turut menyifatkan Kelantan antara negeri yang menyedihkan apabila tidak memberi tanah lepada FELCRA untuk dibangunkan, berbanding negeri lain.

"Kita akui beberapa negeri lain tidak boleh memberi tanah disebabkan negeri yang kecil seperti Perlis, Wilayah Persekutuan pula berdepan kekangan tanah.

"Kita faham bagi negeri berdepan kekangan seperti itu. Namun bagi Kelantan mereka tidak langsung mahu membantu rakyat dengan memberikan tanah kepada FELCRA," katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1229146/peserta-felcra-sudah-terima-dividen

18 Ramadan

Doa Nabi Musa AS amalkan supaya diberikan kelapangan dada dalam setiap urusan.

#FELCRATransformasi
#FELCRAUsahawanPeserta
#FELCRAJejakUsahawan
#FELCRADesaPeserta
#FELCRAAds
#LuarBandarSejahtera
#KKDW

π’π€π‹π€πŒ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’ | πŸπŸ’πŸ’πŸ“π‡

"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya".
[HR. Muslim (804)]

Selamat ...Menyambut Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bersama-sama kita memperingati dan menghayati peristiwa Nuzul al-Quran iaitu hari kita suci al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

#FELCRATransformasi
#FELCRAJejakUsahawan
#FELCRADesaPeserta
#FELCRAAds
#LuarBandarSejahtera
#KKDW

27 MAC, AMPANG - Yayasan FELCRA telah meraikan seramai 52 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia dalam satu majlis berbuka puasa (iftar) bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Noraini binti ...Nordin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan FELCRA. Yayasan FELCRA turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada pertubuhan tersebut.

Pada akhir majlis, sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf telah disampaikan oleh Puan Noraini binti Nordin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan FELCRA bersama Encik Nasri bin Nyak Othman, Setiausaha Eksekutif Yayasan FELCRA.

Yayasan Felcra-Page

#FELCRATransformasi
#FELCRAUsahawanPeserta
#FELCRAJejakUsahawan
#FELCRADesaPeserta
#FELCRAAds
#LuarBandarSejahtera
#KKDW