19,000 peserta Felcra Perak dapat dividen RM70jSLIM RIVER 26 Okt. — Felcra Berhad memperuntukkan dividen bernilai RM70 juta tahun ini kepada 19,000 pesertanya di Perak, kata Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Jumlah itu bertambah RM12 juta dari peruntukan tahun lepas, kata beliau. "Peningkatan dividen itu (ekoran) disokong harga komoditi sawit dan getah di pasaran global yang meningkat,” katanya ketika berucap pada sambutan Daya Gerakan Desa di Program Penempatan Semula Kampung (PPSK) Felcra Serigala di sini hari ini. Bayaran dividen Felcra meningkatSEREMBAN – Jumlah dividen diagihkan Felcra Berhad (Felcra) kepada para peserta tanaman semula berkelompok di 12 lokasi sekitar negeri ini sepanjang tahun lalu meningkat lebih dua kali ganda berbanding 2009. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Felcra membayar dividen sebanyak RM40,598,564 pada 2010 manakala sejumlah RM18,359,521 dibayar pada tahun sebelumnya. Permodalan Felcra Berhad bakal ditubuhkanKUALA LUMPUR 15 Dis. - Felcra Bhd. (Felcra) akan menubuhkan Permodalan Felcra Bhd. awal tahun depan bagi menjana keuntungan melalui aktiviti pelaburan dan perniagaan pada masa akan datang. Pengerusinya, Datuk Tajudin Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan hasil komoditi kelapa sawit dan getah semata-mata. "Untuk permulaan, Felcra akan melabur RM10 juta sebagai suntikan dana pertama sebelum dimantapkan lagi dengan sumber yang lain melalui penyertaan warga peneroka dan syarikat-syarikat Felcra. RM80 Juta Struktur Semula Kampung Atas AirTUARAN 16 Mei - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan RM78.6 juta bagi program penstrukturan semula Kampung Mengkabong di sini melibatkan pembinaan 952 rumah bagi menggantikan rumah asal penduduk yang kebanyakannya didirikan di atas air. Sinergi Perdana Mengorak LangkahSINERGI Perdana Sdn. Bhd. (Sinergi Perdana) adalah entiti yang penubuhannya dilontarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Felda, Felcra dan RISDA bersama-sama berkongsi sumber, kepakaran, teknologi dan pengalaman supaya nilai ketiga-tiga agensi ini dapat dioptimumkan. Angkasa Akan Tubuh 6,600 KoperasiKELANA JAYA 12 Mei – Sebanyak 6,600 koperasi lagi dijangka dapat ditubuhkan melalui langkah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menggerakkan penubuhan Koperasi Kariah Masjid di seluruh negara. Rancakkan Aktiviti Sinergi - Mohd. ShafiePUTRAJAYA 9 Mei - Konsortium gergasi milik kerajaan, Sinergi Perdana hari ini disaran agar meneroka industri hiliran dan bidang pembekalan bahan pertanian bermutu tinggi bagi merancakkan lagi aktiviti pertanian di peringkat akar umbi. Dapat Bonus RM47.8 JutaTEMERLOH 23 March : Seramai 6,001 peserta Tanam Semula Berkelompok (TSK) penduduk Orang Asli di negara ini mendapat durian runtuh berikutan menerima bayaran bonus dan dividen berjumlah RM 47.8 juta hasil tanaman getah dan kelapa sawit bersama Risda dan Felcra. Hati Damai Di Inap DesaPENGALAMAN bangun awal pagi ke kebun getah untuk menoreh pastinya sesuatu yang sukar dilupakan terutama bagi mereka yang membesar di bandar. Fikir Cara Baru Manfaat Wang Zakat: Jamil KhirKUALA LUMPUR 23 Mac : Kerajaan negeri diminta meneroka cara baru menggunakan wang zakat termasuk membangunkan tanah untuk aktiviti ekonomi atau membina rumah untuk golongan asnaf dalam usaha mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Menunjukkan 1 - 10 daripada 22 keputusan.
Laman
of
3
|