Aktiviti Anak Syarikat
Tujuan utama penubuhan anak-anak syarikat semasa pengkorporatan adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti perniagaan yang bukan sahaja tertumpu kepada 'core business' malahan aktiviti-aktiviti huluan dan hiliran yang berkaitan dengannya. Keadaan ini dapat mewujudkan peluang perniagaan secara nilai tambah dan adalah bagi menggerakkan operasi komersial aktiviti-aktiviti perniagaan yang dirancang oleh FELCRA Berhad. Dalam jangka panjang anak syarikat akan dimiliki bersama dengan institusi peserta.
Anak-anak syarikat juga memainkan peranan sebagai pengganti kepada pembekal-pembekal luar dan pelengkap kepada pembangunan ladang. Ini adalah bagi memastikan semua aktiviti perniagaan dan keuntungan yang diwujudkan tidak terkeluar daripada FELCRA Berhad, boleh dinikmati bersama oleh peserta dan sebagai langkah ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( BCIC ).
Bil | Nama Syarikat |
1 | FELCRA Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd |
2 | YAYASAN FELCRA |
3 | FELCRA International Labuan Limited |
4 | FELCRA Travels & Tours Sdn Bhd |
5 | FELCRA Hose & Hose Sdn Bhd |
6 | FELCRA Daya Khas Plantation Sdn Bhd |
7 | FELCRA Teknik Sdn Bhd |
8 | FELCRA Pelita Jemoreng Sdn Bhd |
9 | FELCRA Beras Industri Sdn Bhd. |
10 | FELCRA Gedong Plantation Sdn Bhd. |
11 | FELCRA Urus Estet Sdn Bhd |
12 | FELCRA Plantation Services Sdn Bhd |
13 | FELCRA Sundar Awat-Awat Plantation Sdn. Bhd |
14 | FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd |
15 | FELCRA Niaga Sdn. Bhd |
16 | FELCRA Training and Consultancy Sdn. Bhd |
17 | FELCRA Balingan Plantation Sdn Bhd |
18 | FELCRA Agro Industry Sdn. Bhd |