Transformasi Bahagian Pengurusan Keusahawanan

  1. Latarbelakang
    • Pemerkasaan Program & Aktiviti Keusahawanan di FELCRA Berhad bermula apabila Y.A.B Perdana Menteri melancarkan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera pada 14 September 2013.
    • Lima (5) Strategi telah digariskan iaitu :-
      • Strategi 1 - Mendaya Modal Insan Bumiputera Memadankan Kelayakan & Kemahiran Tenaga Kerja Dengan Keperluan Pasaran
      • Strategi 2 - Memantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat ASB 2, Ekuinas
      • Strategi 3 - Memperkukuhkan Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera Peranan Institusi Hartanah : Pelaburan Hartanah Berhad, MARA, PUNB
      • Strategi 4 - Memperhebat Keusahawanan & Perniagaan Bumiputera Peranan Agensi Pembangunan Usahawanan Bumiputera
      • Strategi 5 - Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhdmatan Perkhidmatan Penubuhan Unit Pembangunan Bumiputera di semua kementerian
    • Langkah awal FELCRA
      • Penubuhan Bahagian Pengurusan Keusahawanan (1 Januari 2014)
      • Makmal Pemerkasaan Ekonomi Peserta FELCRA Berhad 2014 – 2020 ( 21 – 24 Februari 2014)
      • Penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Ekonomi Peserta – Peringkat Lembaga Pengarah ( 1 Mac 2014)
  2. Visi
    • Menjadi sebuah Bahagian cemerlang dalam pembangunan keusahawanan peserta FELCRA Berhad menerusi prinsip kerja 2M iaitu mobile and move.
  3. Misi
    • Menyediakan perkhidmatan, pembangunan dan perundingan keusahawanan kepada barisan usahawan peserta FELCRA Berhad untuk mereka mencapai kejayaan dalam projek yang diceburi.
    • Meneroka dan berusaha mendapatkan dana keusahawanan daripada agensi pembangunan usahawan Bumiputera Kerajaan untuk membantu usahawan peserta FELCRA Berhad memulakan dan membesarkan projek mereka.
  4. Objektif
    • Menambah bilangan usahawan peserta FELCRA Berhad di samping meningkatkan kualiti mereka dalam enam (6) bidang keusahawanan yang telah diwartakan;
    • Menambah bilangan usahawan cemerlang;
    • Mewujudkan komuniti usahawan berprestasi tinggi dengan penubuhan Kelab Usahawan 100K;
    • Menilai semula keupayaan mana-mana institusi KPR dan WADIRA serta Belia untuk dimartabatkan sebagai pengeluar produk terpilih atau wakil pengedar bagi merealisasikan pelaksanaan ventures baru yang menguntungkan; dan
    • Memastikan perolehan dana keusahawanan dari agensi pembangunan usahawan Bumiputera, KKLW dan Seksyen Pertanian, JPM diperolehi dengan jumlah yang bersesuaian bertujuan membiayai program dan aktiviti usahawan FELCRA Berhad.
  5. Bilangan usahawan FELCRA sehingga 31 Dis 2014
  6. Bilangan usahawan bimbingan FELCRA mengikut bidang
  7. Bilangan usahawan peminjam projek ekonomi
  8. Bilangan usahawan RBC – Belia
  9. Bilangan usahawan kontraktor
  10. Bilangan usahawan potensi keuntungan tahunan RM60,000 – RM100,000
  11. Hala tuju pengurusan keusahawanan
  12. Pemenang RBC FELCRA Berhad