|
|
Mesej Ketua Pegawai Eksekutif / CEO  Y.Bhg Dato' Haji Juzilman Bin Basir (Pemangku)Ketua Eksekutif / CEO Felcra Berhad Saya akan terus mengingatkan semua bahawa "Kuat bekerja dan gigih berusaha adalah tangkal pada semua kejayaan dan belajar daripada kegagalan adalah ilmu yang paling berkesan" Selamat menyambut tahun 2012 dengan cemerlang tanpa halangan AMANAT PENGURUSAN SEMPENA TAHUN 2012 CEMERLANG TANPA HALANGAN | Mesej CEO |  Y.Bhg Dato' Haji Juzilman Bin Basir Ketua Pegawai Eksekutif / CEO FELCRA Berhad Saya akan terus mengingatkan semua bahawa "Kuat bekerja dan gigih berusaha adalah tangkal pada semua kejayaan dan belajar daripada kegagalan adalah ilmu yang paling berkesan" Selamat menyambut tahun 2012 dengan cemerlang tanpa halangan AMANAT PENGURUSAN SEMPENA TAHUN 2012 CEMERLANG TANPA HALANGAN | Amanat Pengurusan Yang Berbahagia Ketua Eksekutif / Presiden | Sempena Tahun 2012 "Cemerlang Tanpa Halangan" Bismillaahi Rahmani Rahim, Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh; Dan Salam Sejahtera Pendahuluan 1. Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan Allah S.W.T. jua saya telah diberikan kekuatan dan kemampuan untuk terus memikul amanah dan tanggungjawab memimpin sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang besar ini, yang kita dukungi bersama iaitu Felcra Berhad. 2. Saya turut bersyukur kerana pada setiap masa ketika menerajui syarikat ini, saya telah dipermudahkan dengan adanya sokongan padu daripada seluruh warga staf di semua peringkat. Kita semua mempunyai hasrat yang jelas, iaitu memastikan Felcra Berhad terus mengungguli panji kecemerlangannya. 3. Kita sentiasa sedar bahawa, kita mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan berat, memelihara kesinambungan survival syarikat, demi kesejahteraan kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta di luar bandar di samping menjaga kepentingan-kepentingan pemegang saham iaitu menteri kewangan diperbadankan serta badan penyelia iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. 4. Saya ingin mengambil kesempatan di hari yang penuh bermakna ini untuk mengimbau kembali sejarah kejayaan kita di persada pembangunan sosio-ekonomi negara sejak 41 tahun yang lalu iaitu bermula pada April 1966. 5. Ketika itu, kita mengguna nama Lembaga Penyatuan & Pemulihan Tanah Persekutuan atau singkatannya Felcra, yang ditubuhkan sebagai agensi pembangunan luar bandar bagi memenuhi tuntutan dan pengisian tahun-tahun awal selepas negara kita merdeka. 6. Kita telah diberikan peranan membangunkan sektor luar bandar menerusi program penyatuan dan pemulihan tanah. Kita telah buktikan bersama bahawa kita mampu laksanakannya dan kita adalah pakar di dalam bidang ini. Kita telah buktikan kepada kerajaan dan negara bahawa kita adalah sebuah agensi pembangunan kerajaan yang berjaya bertahan selama 31 tahun sehinggalah kita dikorporatkan pada September 1997. 7. Sesetengah agensi kerajaan ada yang dibubar atau diubah peranannya atau digabungkan. Tetapi itu semua tidak berlaku kepada Felcra. Walaupun ketika itu, ada ura-ura kecil kita hendak digabungkan dengan agensi pembangunan tanah yang lain. Tetapi, oleh kerana kita mempunyai identiti tersendiri yang amat kukuh, yang telah kita buktikan dengan pencapaian-pencapaian fizikal dan kewangan, maka kita tidak jadi digabungkan, malah kita diiktiraf oleh kerajaan untuk berdiri sendiri sebagai sebuah badan korporat sejak itu. Ini adalah satu pencapaian yang amat besar. 8. Kini, setelah tahun ke-10 dikorporatkan kita juga mampu bertahan. Daripada sebuah agensi kerajaan kita membentuk imej baru menjadi sebuah badan korporat yang boleh berniaga. Daripada budaya penjawat awam kita ubah paradigma dan menganjak selangkah kehadapan menjadikan budaya kerja korporat sebagai budaya kerja baru yang berteraskan commercial and business oriented. 9. Pengekalan kita di dalam 2 imej ini saya melihatnya sebagai satu kejayaan yang amat nyata dan besar maknanya di dalam peta pembangunan sosio-ekonomi negara. lantaran itu, kita tanyakan soalan-soalan ini :~ - Siapakah yang telah melakari kronologi sejarah ini? - Siapakah yang telah memacu cabaran Felcra dan Felcra Berhad selama ini? dan - Siapakah yang telah mempertahankan pembentukan syarikat ini? 10. Jawapan saya ialah tidak lain dan tidak bukan tuan-tuan dan puan-puan sekelian, staf Felcra Berhad, iaitu tuan-tuan dan puan-puan yang bertaburan di lokasi masing-masing di seluruh negara. 11. Justeru itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh kerabat kerja Felcra Berhad kerana tuan-tuan dan puan-puan telah menyumbang secara langsung demi survival syarikat, ketahanan dan kesinambungannya. 12. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat kita yang telah bersara dan yang telah mendahului kita yang turut mempunyai bahagian masing-masing di dalam menentukan kesinambungan survival felcra berhad. Kepada mereka yang telah bersara, bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka dan kepada yang telah mendahului kita bersama-sama kita sedekahkan kalimah suci surah Al-Fatihah, Al-Fatihah. | Kedua : Ucapan Terima Kasih | Tuan-tuan & puan-puan sekalian, 13. Tahun 2012 adalah merupakan tahun ke-3 pelaksanaan program pembangunan RMK-9. Justeru itu, kita mesti akur bahawa masih banyak tugasan syarikat yang perlu kita selesaikan demi kesejahteraan syarikat mahupun kumpulan sasar dan malah pemegang saham. 14. Tahun baru bermakna kita perlu melakari gerak kerja baru yang disokong dengan iltizam dan komitmen yang baru juga. Proses memperbaharui komitmen yang berterusan telah memberi peluang kepada kita untuk mempelajari dan mengalami erti perubahan anjakan paradigma yang menyeluruh, supaya kita semua mampu berdiri sebagai seorang staf yang berkeyakinan tiggi di dalam mengharungi cabaran dunia bisnes sebenar. 15. Selepas 10 tahun dikorporatkan (Iaitu dari September 1997 hingga September 2007), cabaran-cabaran getir pengkorporatan telah kita tempuhi bersama. Ianya bermula dengan meletakkan batu asas identiti, imej dan budaya berfikir yang baru di samping memperkukuhkan core-business activity dan kemudiannya diikuti oleh usaha-usaha menyusuri bidang-bidang perniagaan baru menerusi penubuhan anak-anak syarikat ke arah memartabatkan felcra berhad sebagai one entity in the united world. 16. Justeru itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk melengkapkan rasa kesyukuran dengan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang berkait secara langsung dengan pembangunan dan kemajuan Felcra Berhad. 17. Pertamanya, terima kasih kepada Kementerian Kewangan (MOF) yang merupakan pemegang saham yang telah banyak mempermudahkan syarikat melalui beberapa siri kelulusan dasar dan polisi yang membolehkan Felcra Berhad terus bergerak a way forward. 18. Keduanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Y.B.Dato' Seri Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah serta seluruh warga kerja kementerian yang telah memberikan sokongan padu kepada pelaksanaan operasi syarikat selama ini. 19. Ketiganya, saya mengucapkan terima kasih kepada Y.B. Dato' Pengerusi dan barisan lembaga pengarah syarikat serta lembaga pengarah anak-anak syarikat yang telah banyak membantu, menyokong dan memudahcarakan pengubalan dasar-dasar di samping membuat keputusan-keputusan utama demi kebaikan syarikat. 20. Kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian seluruh warga staf Felcra Berhad, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang tidak dapat saya sebutkan nama satu persatu, cukup sekadar saya mengingati di mana tempat tuan-tuan dan puan-puan bertugas di semua peringkat sama ada di :- - Ibu pejabat - Wilayah - Kawasan dan projek - Estet syarikat - Kilang-kilang sawit - Pusat dan sekolah latihan - Yayasan felcra; dan - Anak-anak syarikat; yang telah menzahirkan komitmen yang tinggi ketika melaksanakan tugas masing-masing demi kecemerlangan kumpulan Felcra Berhad keseluruhannya. | Ketiga : Perpaduan Lambang Kekuatan Kita | Tuan-tuan & puan-puan warga staf yang dimuliakan, 21. Di sini saya juga ingin meneruskan peringatan yang pernah dibuat oleh ketua-ketua eksekutif sebelum ini iaitu mengenai peri pentingnya perpaduan dan team work yang selama ini menjadi lambang kekuatan kita. 22. Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri pernah mengibaratkan perpaduan di kalangan insan ini sebagai sebatang tubuh manusia, di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud; "Bandingan orang-orang mukmin yang saling menyayangi dan berlemah lembut sesama mereka seperti tubuh badan yang apabila satu anggota merasa sakit menyebabkan seluruh badan berjaga malam dan merasa demam". 23. Sesungguhnya perpaduan di kalangan kita adalah ramuan utama bagi menentukan kelangsungan Felcra Berhad mengikut acuan kita. Sekiranya kita tidak bersatu maka sudah tentu perpaduan tidak akan tercapai. Dan apabila kita semua bersatu, maka kita kini berada di puncak kejayaan. Secara bersama dan kolektif kita telah mengatasi segala halangan-halangan dan rintangan. 24. Pengorbanan yang telah kita lalui sememangnya tidak ternilai yang tidak diperolehi oleh mereka yang berada di luar Felcra Berhad. Pengorbanan yang diwarnakan oleh perpaduan yang utuh telah menjadikan kita sebagai satu pasukan kerja yang kuat. Pasukan kerja yang bersedia pada bila-bila masa untuk menyahut cabaran, mengharungi kepayahan demi merekodkan pencapaian prestasi kerja yang cemerlang tanpa halangan. 25. Saya mahu supaya perpaduan yang menjadi lambang kekuatan kita ini terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengekalkan imej kepimpinan dan pengurusan yang boleh dipercayai oleh semua pihak. Kekuatan dalaman ini adalah merupakan internal management force yang kita cipta sendiri yang kini menjadi aset utama kepada survival Felcra Berhad. 26. Yang perlu kita ingat bersama ialah … "We often forget that we are only one of a team, that in unity there is strength and that we are strong as long as each unit in our organization functions with precision" ~ Samuel Tildes, Management Expert. | Keempat : Kita Mantapkan Tanggungjawab (Ke Arah Pemantauan Kualiti Secara Harian) | Tuan-tuan & puan-puan warga staf yang dimuliakan, 27. Pada kali ini, saya hendak menekankan akan elemen tanggungjawab sebagai perkara yang perlu saya kongsikan bersama. 28. Mengapa saya memilih elemen ini? Kerana saya ada menerima laporan yang walaupun pahit, namun perlu juga saya sebutkan di sini. Ada laporan yang menyebut bahawa ladang kita tidak diuruskan mengikut asas-asas good agronomic proctices. Semak samun, anak pokok sebesar lengan, buah lerai tidak dikutip, crop security yang lemah, tidak masuk ladang, sesat di dalam ladang sendiri, sindrom monitoring melalui sms, disiplin staf di semua peringkat dan sebagainya. 29. Senario dan fenomena di atas adalah amat serius dan ianya tidak wajar sama sekali berlaku di kalangan kita. Kerana kita seharusnya menjadi yang terbaik. Syarikat kita ini adalah yang terbaik dari perspektif pemegang saham dan kumpulan sasar. 30. Justeru itu, saya ingin tegaskan di sini bahawa kita perlu lebih bertanggungjawab dengan apa yang telah diamanahkan kepada kita. Dan saya ingin menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan bahawa rasa tanggungjawab ini semestinya berterusan dan ianya perlu dijadikan sebgai budaya kerja kita. 31. Tanggungjawab adalah satu elemen kesedaran dan keinsafan diri yang boleh menggerakkan kita untuk mendapat keputusan yang berkualiti yang akhirnya mencipta bottom line yang menguntungkan. Dan untuk itu, rasa tanggungjawab ini perlu kita strukturkan pada setiap hari dengan 4 gaya kerja iaitu :- i. Planning ~ Di mana kita menentukan matlamat terbaik untuk dicapai; ii. Prganizing ~ Di mana kita perlu memperuntukkan dan menyelaras semua sumber; iii. Leading ~ Di mana kita mesti mempengaruhi yang lain untuk sama-sama bekerja bagi mencapai matlamat; dan iv. Controlling ~ Di mana setiap proses kerja perlu dikawal, dipantau dan dinilai. 32. Pelaksanaan tugasan pada hari ini sebenarnya bermula dengan perancangan pada hari semalam lagi supaya apabila bermulanya hari ini tugasan itu bermula dengan lancarnya. Tugasan hari ini perlu kita selesaikan hari ini juga dengan pencapaian result yang terbaik. Tidak kira sama ada kita di ladang, di kilang atau di pejabat. 33. Bagaikan sebuah bank yang mengamalkan sistem daily close transaction, maka kita juga perlu mengaplikasikan sistem pelaporan harian yang terbukti berkesan untuk kita mencapai keputusan yang cemerlang. Untuk ini, setiap dari kita mesti melunaskan kerja dengan jayanya setiap hari, di samping bersama kita menggerakkan kualiti pengurusan. 34. Untuk menjayakan aplikasi sistem daily close transaction ini, Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat (MIS) perlu mengambil inisiatif menjana perbincangan dengan semua bahagian-bahagian terlibat dan menjadikan pemakaian sistem pelaporan sedia ada untuk diup-grade serta dibentuk satu sistem yang sesuai ke arah pelaksanaan sistem daily close transaction ini yang akhirnya dapat memudahcarakan pengurusan membuat keputusan-keputusan yang berkaitan berdasarkan analisis info harian berkenaan. 35. Apa yang saya mahukan ialah kita perkukuhkan tanggungjawab kita. Bagi mereka di ladang, kita bertanggungjawab kepada amalan 3c iaitu cost, crop dan condition. Bagi mereka di pengurusan pula kita bertanggungjawab kepada amalan 3cnya iaitu commitment, coordination & cooperation. Kita juga bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin diri dan disiplin kerja kerana kita mempunyai matlamat untuk menghasilkan bottom-line atau keuntungan syarikat yang lebih baik dari semasa ke semasa. 36. Dan kita semua perlu ingat bahawa Baginda Rasullah S.A.W sendiri pernah memberikan penekanan khusus mengenai tertib tanggungjawab bekerja ini, di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi yang bermaksud ; "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya)." | Kelima : Kita Mantapkan Tanggungjawab ( Ke Arah Aplikasi Petunjuk-Petunjuk Utama | | Atau Key-Performance Indicators [ KPI ] ) Tuan-tuan & puan-puan sekelian, 37. Key-Performance Indicators (KPI) perlu diwujudkan bagi mengukur prestasi setiap perkhidmatan atau setiap pelaksanaan kerja yang telah diamanahkan pada semua staf bersandarkan komitmen bajet yang telah diluluskan. 38. Falsafah penggubalan KPI adalah untuk mengukur tahap pencapaian prestasi semua staf berbanding unjuran tugasan utama yang telah ditetapkan sejak awal tahun lagi. 39. Bagi setiap KPI yang telah diwujudkan, sasaran prestasi perlu ditetapkan bagi membolehkan KPI berkenaan diukur. Sasaran prestasi mestikah spesifik boleh diukur, realistik serta boleh dicapai dalam tempoh tertentu. 40. Untuk tujuan ini, syarikat akan mengambilkira beban kerja dan keupayaan proses yang meliputi cara bekerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur dan persekitaran sedia ada semasa menetapkan sasaran prestasi. 41. Aplikasi KPI akan generate pembinaan 5 nilai positif di kalangan kita semua di dalam usaha mencapai towering staf. 5 nilai tersebut iaitu :~ i) Minda dan sikap yang mengejar kecemerlangan; ii) Etika yang luhur; iii) Pembangunan tenaga manusia yang berpengetahuan dan mahir; iv) Budaya kerja yang berasaskan prestasi; dan v) Daya kepimpinan yang kukuh 42. Sebagai sebuah syarikat, KPI akan diukur menerusi pencapaian prestasi semua pusat pentadbiran di dalam melaksanakan bajet 2012 yang terdiri daripada bajet pembangunan kerajaan berjumlah RM175,800,000.00 dan bajet syarikat yang berjumlah RM1,812,627,297.00. 43. Merujuk kepada bajet pembangunan kerajaan, ianya meliputi 16 program dan projek utama yang telah dipersetujui sepertimana berikut: Program / Projek | Peruntukan 2012 | 1. Pemulihan & Penyatuan Tanah ~ Pulau Banggi | 30,000,000 10,000.000 | 2. Kajian Kesesuaian | 400,000 | 3. Infrastruktur Ladang | 10,000,000 | Infrastuktur Pengairan Seb. Perak | 6,400,000 | Infrastuktur Pulau Banggi | 4,000,000 | 4. Bekalan Air | 1,000,000 | 5. Bekalan Elektrik | 1,000,000 | 6. Program Naiktaraf Jalan Kampung | 15,000,000 | 7. Perlengkapan Perkampungan | 3,000,000 | 8. Pengurangan Kemiskinan Negeri | 60,000,000 | 9. Program Pengukuhan Jatidiri (Pejadi) | 2,500,000 | 10. Program Memperkasa Ilmu & Pendidikan | 2,000,000 | 11. Program Pembentukan Generas Iwawasan | 600,000 | 12. Tanam Semula Sawit | 15,000,000 | 13. Infra Tanam Semula | 7,000,000 | 14. Pembangunan Akuakultur | 2,000,000 | 15. Ict P & P ~ Gps / Gis Ict P & P ~ Vsat | 1,900,000 1,500,000 | 16. Projek Perintis Tanaman Herba Safed Musli | 2,500,000 | Jumlah Besar | 175,800,000. | Merujuk kepada bajet syarikat pula, ianya meliputi 3 aktiviti utama yang telah dipersetujui sepertimana berikut : Program / Projek | Peruntukan 2012 | A. Bajet Syarikat 1. Kos Operasi 1.1. Kilang Sawit 1.2. Kos Operasi Estet Felcra 1.3. Lain-Lain Kos Operasi | 671,649,291 46,582,692 1,000,000 | Jumlah Kos Operasi Syarikat | 719,231,983 | 2. Kos Pengurusan 2.1. Emolumen 2.2. Bekalan & Perkhidmatan 2.3. Kemudahan Pengurusan - Latihan - Aktiviti Peserta | 110,281,635 38,098,566 2,500,000 4,300,000 | Jumlah Kos Pengurusan Syarikat : | 155,180,201 | 3. Belanja Kapital 3.1. Perniagaan Utama 3.2. Aktiviti Hiliran 3.3. Aktiviti Sokongan | 57,365,467 24,710,000 51,891,900 | Jumlah Belanja Kapital Syarikat | 133,967,367 | Jumlah Bajet Syarikat : | 1,008,379,551 | B. Projek Kerajaan 1. Belanja Kapital 1.1. Projek Sambungan/Wang Amanah 1.2. Peruntukan Pembangunan Kerajaan | 24,693,460 310,504,239 | Jumlah Bajet Sumber Kerajaan | 335,197,699 | C. Bajet Projek Peserta 1. Kos Operasi 1.1. Kos Operasi Estet Peserta 2. Belanja Kapital 1.2. Projek Prahasil Sambungan | 465,205,684 3,844,363
| Jumlah Bajet Peserta | 469,050,047 | Jumlah Belanja Sosial | 804,247,746 | Jumlah Bajet (A + B + C) | 1,812,627,297 | 45. Berdasarkan kedua-dua sumber bajet di atas, kita mempunyai tanggungjawab yang amat besar iaitu perlu menyelaras dan melaksana aktiviti dan program pembangunan yang berjumlah RM1, 988,427,297.00 iaitu hampir RM2B di dalam tahun 2012 ini. 46. Ini juga bermakna Felcra Berhad bukannya sebuah entiti yang kecil. Kita adalah sebuah syarikat kerajaan yang besar. Kita tidak statik tetapi kita adalah entiti yang dinamik. Kita dikenali dan diiktiraf oleh semua pihak. Buktinya, jumlah bajet yang besar di atas yang telah dipersetujui oleh kerajaan dan lembaga pengarah adalah pengiktirafan daripada pihak berkuasa. 47. 2,850 staf sekeliannya, kita mesti sedar bahawa kita banyak kerja yang perlu dilaksanakan mengikut aturan sistem yang betul, dengan aplikasi falsafah serta konsep KPI yang saya sebutkan tadi, yang telahpun diformatkan untuk kita semua termasuk saya sendiri sebagai CEO/Presiden. | Keenam : Kita Mantapkan Tanggungjawab (Ke Arah Memperkasakan Hubungan Dengan Pihak-Pihak Berkuasa) | 48. Antara langkah pertama yang saya lakukan ialah mengadakan pertemuan-pertemuan atau bridgeing dengan pihak-pihak berkuasa supaya Felcra Berhad lebih dikenali di kalangan pemegang saham iaitu Kementerian Kewangan (MOF) dan juga pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) di samping terus mengunjungi menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri. 49. Sehingga kini pihak MOF dan KKLW telah lebih memahami peranan, fungsi, objektif, visi dan misi syarikat secara keseluruhannya. 50. Pihak MOF selaku pemengang saham baru-baru ini telah memberi kelonggaran kepada pelaksanaan pekeliling 28/86 yang secara langsung telah mempermudahkan pemberian kontrak kerja kepada anak syarikat dan KPR. Keputusan ini sebenarnya telah memberikan impak positif yang besar kepada anak syarikat dan KPR di dalam memastikan kesinambungan hubungan niaga mereka dengan parent company. 51. Pihak KKLW pula telah lebih memahami akan situasi kita sebagai sebuah syarikat milik kerajaan dan di dalam banyak hal KKLW telah memudahcarakan polisi dan dasar agar Felcra Berhad dapat meneruskan tanggungjawab dan melaksanakan strategi operasi berimbangnya di antara program komersial dan obligasi sosial. 52. Manakala dengan pihak pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri, saya telahpun berjumpa dengan Y.A.B. menteri-menteri besar dan ketua menteri bertujuan untuk register kepentingan peranan Felcra Berhad di negeri-negeri bekenaan. 53. Dan Alhamdulillah, sehingga kini banyak perkara-perkara telah dapat kita selesaikan bersama kepimpinan kerajaan negeri seperti kerjasama Felcra Berhad agar kerajaan negeri mengurus-kendalikan projek-projek yang belum diisi peserta dan sebagainya. | Ketujuh : Kita Mantapkan Tanggungjawab (Ke Arah Memperkasakan Dan Memperkukuhkan Binaan Tunjang Syarikat) | 54. Untuk hidup selesa, rumah mesti bersih. Ini bukan bermakna ketua-ketua yang terdahulu meninggalkannya di dalam keadaan so called untidy, cuma apa yang kita hendak ialah Felcra Berhad menjadi lebih bersih dan lebih up to date di dalam binaan tunjangnya. 55. Justeru itu, semua daripada kita mesti terlibat dan yang pasti I don't want any passengers di dalam usaha besar kita untuk menyempurnakan 10 komitmen yang berikut ini. 56. Pertama sekali saya mahu semua pihak melihat akan kepentingan memperkasakan bottom line syarikat. Pembangunan ladang sama ada ladang p & p ataupun estet adalah core business syarikat. Kita mesti lihat semula aplikasi g.a.p., tahap aplikasi 3c dan disiplin pengurusan serta pengeluaran hasil ladang. 57. Kita juga perlu melihat prestasi prosesan kilang, khususnya di dalam aspek pengekalan kualiti thru put dan pengurusan kilang. Sehingga November 2007, 2 buah kilang telah mengalami kerugian iaitu Kilang Sawit Nasaruddin dan Seberang Perak. Namun saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pengurusan Kilang Sawit Maran kerana telah mencatat keuntungan sebanyak RM4.22 juta di dalam tempoh yang sama. 58. Bersandarkan analisis awal bagi menjawab senario mengapa Maran begitu out standing ialah ianya dipengaruhi oleh complementing efforts di antara kedua-dua pengurusan kilang dan ladang. 59. Kita juga akan melihat prestasi anak-anak syarikat supaya lebih fokus kepada core business masing-masing dan jangan hanya mengharapkan parent semata-mata. Di dalam tempoh ini sepatutnya anak-anak syarikat telah mampu untuk mencatatkan peluang kerja 30% di luar. Namun demikian saya mengucapkan syabas kepada Felcra Hose & Hose Sdn. Bhd. yang telah bersungguh-sungguh berhadapan dengan cabaran berurus niaga 100% dengan pihak luar. 60. Keduanya, saya mahu semua pihak meletakkan fokus 100% di dalam pelaksanaan program RMK-9 dan bajet syarikat 2012. Kita sedia maklum bahawa di dalam kedua-dua sumber pembiayan ini iaitu RMK-9 dan bajet tahunan, terimaannya amat besar, namun pelaksanaannya bagaimana? Perlu penyelarasan dan pemantauan secara dekat dan berkala. 61. Seperti yang telah saya sebutkan tadi peruntukan RMK-9 adalah sebanyak RM996.5.juta di mana agihan bagi tahun 2012 adalah sebanyak RM175.8 juta dan RM1.8.billion adalah untuk bajet 2012. 62. Di sini kita tidak boleh teragak-agak untuk melaksanakan program-program yang telah dibajetkan dan kita perlu perkemaskan strategi perbelanjaan yang setara dengan pelaksanaan.  63. Kita perlu fokus kepada pembukaan kawasan baru untuk program p.&.p, tanam semula dan ladang rakyat dan kita mesti sentiasa beringat bahawa perladangan adalah core business syarikat dan bahagian peruntukannya adalah besar. 64. Kita perlu ingat bahawa kita perlu serius untuk realisasikan pemilikan estet syarikat seluas 50 ribu hektar di dalam tempoh RMK-9 ini demi survival syarikat. Sehingga kini, keluasan estet (kelapa sawit) syarikat adalah lebih kurang 24 ribu hektar sahaja. 65. Begitu juga dengan program yang berkaitan langsung dengan warga peserta seperti Pembangunan Jatidiri (Pejadi), Peningkatan Ilmu Kemahiran (Pmik) dan Pemerkasaan Generasi Wawasan (PGW) perlu dilaksanakan demi kesejahteran kumpulan sasar. 66. Ketiga, saya akan menyusun dan melihat semula pelaksanaan pelan perniagaan 5 tahun dan business arm syarikat. Kita maklum bahawa pelan perniagaan 5 tahun telah kita gubal dan beberapa new landmark telah dipersetujui bersama. 67. Kita akan revisit semua resolusi pelan perniagaan 5 tahun berkenaan dan disesuaikan dengan kemampuan pelaksanaan bermula dengan keupayaan kita di dalam tahun 2012 ini dengan merujuk semula (revisit) dokumentasi pelan perniagaan berkenaan yang telah sama-sama kita bincangkan di awana pada tahun 2005 yang lalu. 68. Keempat, kita perlu menunaikan tanggungjawab kepada kumpulan sasar melalui pelaksanaan program obligasi sosial. Aspirasi peserta bersyukur no.1 yang merupakan antara gagasan misi syarikat perlu dinilai semula, sehebat manakah kita telah melaksanakan amanah itu. 69. Isu pendapatan peserta yang kurang, isu penjelmaan dividen plus-plus yang masih kabur, isu hakmilik yang belum selesai, isu perjanjian yang belum ditandatangani sepenuhnya, isu database peserta, isu kemalapan kepimpinan institusi peserta, isu Kpr yang tidak ke mana dan isu pembangunan generasi kedua perlu kita singkap bersama secara konprehensif dan bersepadu. 70. Saya minta semua pihak yang terlibat merujuk semula dokumentasi resolusi bengkel pembangunan peserta yang telah sama-sama kita bincangkan di melaka pada tahun 2005, dan mengangkatnya sebagai panduan di dalam menangani isu-isu berkenaan. 71. Kelima, saya telah mulakan gerakan kempen berjimat cermat secara serius di dalam perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan bajet ladang ke arah 10% penjimatan secara keseluruhannya. 72. Sebagai contoh bagi kes di HQ, ternyata tindakan off air-cond seawal 15 minit dari waktu tamat bekerja telah dapat menjimatkan kira-kira RM5 ribu sebulan. Manakala dengan melaksanakan package penjimatan talian terus dapat menjimatkan RM7 ribu sebulan. 73. Sekiranya semua cost and profit center dapat melaksanakan usaha penjimatan yang sama, saya pasti kita boleh berjimat dengan angka yang lebih besar lagi dan saya minta semua pihak menganalisis perkara ini. 74. Keenam, saya ingin juga mengetengahkan penerapan budaya kerja yang terkemuka di mana kita perlu aplikasikan konsep w.o.r.k. atau work on reliable knowledge. 75. Reorganization and realignment akan dilaksanakan segera. Di sini saya menekankan supaya pentadbiran wilayah perlu diperkuatkan dan diperkukuhkan, manakala sucession plan akan disekalikan agar perkembangan syarikat dilengkapi dengan pembangunan tenaga manusia. 76. Saya juga akan memperkemaskan kaedah delegation of power. Bidang kuasa pegawai-pegawai kanan peringkat ibu pejabat dan pengurus besar wilayah akan diselaraskan dengan tanggungjawab yang lebih fokus dan jelas. 77. Manakala aplikasi ICT secara meyeluruh akan diperkasakan ke arah pelaksanaan information on one touch button. Ini juga akan melibatkan pembinaan semula on line system sedia ada. 78. Ketujuh, kita tidak boleh bertolak ansur di dalam mengekalkan iklim organisasi yang sihat iaitu menyayangi organisasi sepenuhnya. Sampai bila budaya menulis surat layang akan berakhir? Sampai bila akan wujud kelompok kecil staf yang tidak pernah berasa puas hati dengan apa yang telah dinikmati? Mereka ini menerima kemudahan daripada Felcra Berhad tetapi tidak menyumbang, sebaliknya mahir mereka-reka cerita ketidak puasan hati. Mereka ini pandai menunjuk jari pada orang lain tetapi tidak pernak mengaku kelemahan diri. 79. Kelapan, pada hakikatnya kita mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan disiplin dan jatidiri staf. Kita mesti mempunyai rasa malu menjadi staf yang tidak menyumbang. Kita mesti ingat bilakah waktu mula bekerja? Ingatkah anda akan akujanji? Apakah nawaitu kita? Dan ingatkah bahawa amalan kita sentiasa dicatatkan, without fail! 80. Kita mesti membina penampilan diri yang boleh dibanggakan sebagai staf Felcra Berhad. Biar orang kenali kita sebagai staf Felcra Berhad yang berpenampilan positif sepanjang masa. 81. Kesembilan, sesuai dengan imej syarikat, kita mesti berusaha untuk mengekalkan ciri plantation house yang termuka dengan sentiasa mengingati bahawa visi kita adalah kekal sebagai plantation yang berjaya dan berkembang bersama aktiviti yang berkaitan. 82. Untuk tempoh 5 tahun lagi, kita akan mengekalkan core business kita iaitu plantation. Justeru itu, kita mesti bekerja keras agar pencapaian produktiviti kita menyamai ataupun melebihi national average. 83. Projek-projek baru yang hendak dibangunkan sekarang atau projek-projek tanam semula perlu mengalami suatu evolusi. Biar ianya dimulakan dengan perancangan yang terbaik dan dipantau secara profesional, supaya impaknya nanti adalah cemerlang! 84. Kesepuluh, sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan usaha pemerkasaan public & share holder recognition akan diteruskan dari semasa ke semasa. 85. Di dalam banyak hal, kita mesti sentiasa beringat bahawa kita ini sentiasa diperhatikan oleh pemegang saham kita iatu MOF, penyelia kita iatu KKLW, kumpulan sasar kita iaitu warga peserta dan juga masyarakat awam. 86. Kini, panji Felcra Berhad berkibar megah. Sebut sahaja agropolitan Pulau Banggi, nama kita berada di hadapan. Pihak KKLW meyakini kita. Manakala peserta juga mensyukuri akan kehadiran kita dan kerajaan-kerajaan negeri juga bersama kita di dalam melaksanakan program-program pembangunan luar bandar. 87. Recognition ini perlu dibuktikan dengan kehebatan kita dan kejayaan kita. Jangan musnahkan ia hanya kerana kita lalai dan lemah! | Kelapan : Kita Mantapkan Tanggungjawab (Ke Arah Penyertaan Aktif Di Dalam Pembangunan Wilayah Ekonomi). | 88. Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan Wilayah Pembangunan Iskandar atau South Johore Economy Region, Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Corridor Economy Region dan Wilayah Ekonomi Utara atau North Corridor Economy Region. 89. Ketiga-tiga wilayah ekonomi di atas adalah merupakan pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini yang akan menjana pembangunan pertanian prosesan makanan, perkhidmatan logistik dan pelancongan. 90. Program atas inisistif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi yang akan menstrukturkan semula program pembangunan sedia ada ke arah pembentukan wilayah ekonomi yang berdaya maju dan menguntungkan. 91. Felcra Berhad melihat pembentukan wilayah-wilayah ekonomi sebagai satu peluang yang besar di dalam mengembangkan aktiviti bisnes syarikat khususnya di dalam bidang pertanian dan perladangan serta aktivit-aktiviti yang berkaitan dengannya. 92. Saya telah mengarahkan bahagian perancangan projek dan bahagian pemebangunan bisnes untuk melakar strategi bagi membolehkan Felcra Berhad menyertai secara langsung di dalam pertumbuhan ekonomi di dalam wilayah-wilayah berkenaan. 93. Felcra Berhad akan merebut insentif-insentif yang ditawarkan oleh pembangunan wilayah-wilayah berkenaan dan bersedia untuk menjadi agensi pelaksana bagi membantu wilayah-wilayah tersebut mencapai wawasannya dengan mengenalpasti peluang yang berpotensi dan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik yang diiktiraf oleh kerajaan. 94. Saya yakin bahawa dengan pengkayaan pengalaman dalam bidang pertanian dan perladangan selama lebih daripada 40 tahun kita mampu untuk meneroka peluang-peluang komersial yang ditawarkan oleh wilayah-wilayah ekonomi tersebut. | Kesembilan: Kita Mantapkan Tanggungjawab (Ke Arah Pemerkasaan Pelaksanaan Program Pembangunan Peserta). | Tuan-tuan & puan yang dimuliakan, 95. Perspektif baru definisi peserta Felcra Berhad perlu dilihat semula di mana warga peserta perlu didefinisikan bukan hanya sebagai stakeholder yang bersifat sebagai receiver semata-mata sebaliknya peserta hendaklah dianggap sebagai partner dan penjana pembangunan bersama demi kesejahteraan sekelian warga peserta. 96. Sudah sampai masanya peserta dijemput untuk melibatkan diri secara langsung di dalam arus perdana pembangunan Felcra Berhad dan bukan sekadar penerima dividen sahaja. 97. Kita juga mesti bersedia untuk membentuk perspektif baru melayani isu-isu peserta. Isu peserta perlu disingkap sejarahnya, dibincangkan secara bersama dan dicari jalan penyelesaiannya. 98. Kita mesti sentiasa bersikap terbuka dan telus di dalam menghadapi semua isu peserta, khususnya isu yang menyangkuti hal-hal hakmilik, pendapatan dan program pembangunan keseluruhannya. 99. Di dalam era RMK-9 ini, kita mesti memikirkan kaedah baru bagi membina landmark baru pembangunan institusi peserta. Seharusnya JKKP bukan lagi sebagai jambatan penghubung semata-mata tetapi adalah platform untuk melatih barisan pemimpin yang berkualiti di kalangan peserta. 100. Begitu juga Kpr bukan lagi setakat gerakan koperasi yang takut-takut untuk berniaga tetapi akan diubah menjadi business arm yang bermakna untuk peserta. Manakala Wadira bukan lagi hanya menganjurkan kelas memasak sahaja tetapi juga akan diperkasakan sebagai pelengkap kepada aktiviti bisnes dan menjadi rakan niaga Kpr di projek. 101. Golongan generasi kedua adalah merupakan golongan pelapis dan justeru itu, landmark baru pembangunan generasi kedua perlu digubal dengan memberi tumpuan kepada golongan drop out, di mana bantuan kemahiran akan kita ikhtiarkan. 102. Pemerkasaan institusi belia akan dilaksanakan bagi mengelak mereka dari terjebak di dalam aktiviti negatif. 103. Kekuatan baru sumber pendapatan peserta perlu difikirkan dan sehingga itu pembangunan ladang akan terus diperkasakan dengan kesedaran bahawa pengurusan yang efisyen dan produktiviti optimum menjadi sasaran. 104. Konsep dividen plus-plus akan diperkemaskan lagi dengan penglibatan institusi Kpr dan anak syarikat sebagai pelaksana kepada program-program komersial di peringkat projek. 105. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga kerja yang terlibat secara langsung di dalam menjana dividen peserta hasil daripada pencapaian hasil ladang yang membanggakan. Baru-baru ini Felcra Berhad telah mengisytihar dan mengagihkan sejumlah RM318,079,796.97 dividen hari raya dan persekolahan dengan pecahan seperti berikut : Negeri | Jumlah Peserta Penerima Manfaat | Jumlah Dividen Keseluruhan | Perak | 19,801 | 53,629,807.67 | Kedah | 4,000 | 22,772,404.12 | P.Pinang | 418 | 1,098,445.42 | Perlis | 294 | 4,879,499.75 | Pahang | 17,762 | 93,123,741.89 | N.Sembilan | 10,644 | 36,255,746.57 | Melaka | 4,882 | 6,137,270.83 | Selangor | 4,166 | 11,432,977.56 | Johor | 9,405 | 43,737,769.59 | Terengganu | 5,039 | 17,615,341.46 | Kelantan | 2,577 | 10,308,591.12 | Sarawak | 3,194 | 9,352,723.54 | Sabah | 1,388 | 7,735,477.45 | Jumlah | 83,568 | 318,079,796.97 | 106. Kesinambungan usaha kita untuk memberi yang terbaik kepada golongan sasar telah kita laksanakan bersama dan ini dapat dilihat sejak sebelum pengkorporatan hingga kini kita telah mengagihkan kira-kira RM2.6B kepada peserta dengan perincian seperti berikut : Agihan Dividen Kepada Peserta (RM Juta) Sebelum Pengkorporatan Tahun | Dividen ( RM Juta ) | 1989 | 19.9 | 1990 | 28.5 | 1991 | 12.4 | 1992 | 23.9 | 1993 | 22.4 | 1994 | 56.9 | 1995 | 127.6 | 1996 | 176.9 | Jumlah | 468.5 | Agihan Dividen Kepada Peserta (Rm Juta) Selepas Pengkorporatan Tahun | Dividen (RM Juta ) | 1997 | 137.2 | 1998 | 262.2 | 1999 | 179.2 | 2000 | 61.3 | 2001 | 86.7 | 2002 | 158.6 | 2003 | 232.2 | 2004 | 274.6 | 2005 | 206.2 | 2006 | 212.2 | 2007 | 318.1 | Jumlah | 2,128.5 | Penghargaan Kepada Semua Tuan-tuan & puan-puan sekelian, 107. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.B. Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Y.B. Dato' Nasarudin Hashim, Pengerusi dan Lembaga Pengarah serta barisan pengurusan kanan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada saya ketika menerajui Felcra Berhad untuk tempoh kira-kira 6 bulan pertama sebagai Ketua Eksekutif/Presiden. 108. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh warga staf Felcra Berhad di semua peringkat pengurusan yang telah mewujudkan profesionalisme dan komitmen yang sangat tinggi di dalam membentuk barisan hadapan pasukan kerja Felcra Berhad. 109. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua staf telah menghasilkan rekod-rekod pencapaian syarikat yang amat meyakinkan dan telah memastikan kehadiran Felcra Berhad di dalam arus pembangunan negara terus kekal relevan dan tetap diperlukan sama ada oleh pemegang saham atau kerajaan mahupun masyarakat luar bandar. | Pesanan Kepada Semua | 110. Tingkatkan produktiviti. Saya tidak puas hati jika peolehan syarikat besar disebabkan faktor harga naik. Saya akan hanya berpuas hati jika kita tingkatkan produktiviti kita. Ukuran saya adalah peningkatan hasil. Faktor harga bukan tanda kecekapan kita. 111. Kita mesti bertekad untuk bersaing dengan estet swasta atau paling tidak sama dengan produktiviti purata negara atau national average. Saya cabar tuan-tuan supaya kita capai matlamat ini. Saya yakin kita ada potensi untuk memenuhi cita-cita ini. 112. Peningkatan produktiviti bererti peningkatan dividen yang akan dibayar pada kumpulan sasar peserta. 113. Saya juga tidak akan jemu-jemu mengingatkan diri saya dan tuan-tuan & puan-puan tentang kelemahan-kelemahan kita yang perlu dibaiki setiap masa. Penutup 114. Akhir sekali, selaku Ketua Eksekutif/Presiden saya tidak akan berhenti dari mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan warga staf Felcra Berhad kerana saya sedar dan yakin bahawa komitmen tuan-tuan dan puan-puan akan terus subur dan lebih bertenaga di masa-masa akan datang bagi memastikan kejayaan mutlak Felcra Berhad. 115. Dan saya akan terus berbangga kerana memiliki pasukan kerja yang mantap yang pada setiap masa sedar akan kepentingan-kepentingan untuk menerapkan budaya kecekapan atau efficiency di dalam menjalankan tanggungjawab. 116. Budaya kecekapan adalah asas kepada penghasilan mutu kerja yang berkesan yang seterusnya akan menyumbang ke arah kecemerlangan. Efficiency is doing things right; Effectiveness is doing right thing; and Excellence is doing right things right. 117. Perjuangan kita belum selesai, biarpun terus bertanggungjawab mengutip buah yang lerai, hinggalah kepada meneroka new business ventures yang perlu dicapai. 118. Saya akan terus mengingatkan semua bahawa "Kuat bekerja dan gigih berusaha adalah tangkal pada semua kejayaan dan belajar daripada kegagalan adalah ilmu yang paling berkesan". 119. Selamat menyambut tahun 2012 dengan cemerlang tanpa halangan. Sekian, salam hormat & terima kasih. Wabillahi Taufiq Walhidaayah Wassamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Y.Bhg Dato' Haji Juzilman Bin Basir Ketua Pegawai Eksekutif / CEO FELCRA Berhad Felcra Berhad. |
|