Logo
Logo
- Logo FELCRA Berhad adalah merupakan ekspresi pencapaian matlamat dan objektif organisasi ini. Rekabentuk logo menunjukkan tanda-tanda perubahan dalam imej dan hala tuju korporatnya.
- Jalinan warna merah, biru dan putih adalah bersamaan dengan jalinan warna Jalur Gemilang - Bendera Nasional. BIRU adalah warna global yang mewakili dunia bisnes; MERAH adalah semangat yang dinamik dan PUTIH melambangkan kecekapan dan kejelasan.
- Rekabentuk logo ini diilhamkan dari gagasan pelan pengembangan FELCRA Berhad.
Rasional Di sebalik Logo
- Bentuk 'rhombus' mewakili bentuk asas daun yang mendasari pertanian.
- 'Rhombus' berwarna biru mewakili 'core-business' sebagai asas pembentukan ke arah konglomerat yang kukuh.
- 'Rhombus' berwarna merah mewakili tiga pelan pengembangan FELCRA Berhad iaitu :- dari segi pengembangan geografi, pengembangan bisnes yang berkaitan dan pengembangan synergistic.
Logo FELCRA Tahun 1966-2009